Wednesday 9 September 2015

Day 4 Turkey 2013 Pamukkalle->Konya->Cappadocia

Hari ini,bermula perjalanan yang amat panjang .Perjalanan dari Pamukkalle ke Cappadocia akan mengambil masa 7 jam (620km).Kami akan singgah di Konya on the way to Cappadocia.

Selepas check out dan menapau roti yg disapu Nutella (masa breakfast di hotel),kami bergerak masuk dalam bas.Pengalaman menaiki bas di sini....walaupun perjalanan panjang,memang tak terasa sebab asyik melayan pemandangan yang cantik..dan pemanduan bas juga cekap,terasa tenang dan selamat.

Our first stopover di Mevlana Museum di Konya.Muzium ini sebenarnya adalah tempat persemadian tokoh agama/ penyair /ahli falsafah  Jalal ad-Din Muhammad Rumi, ahli sufi Persian yang dikenali juga sebagai   Mevlâna atau Rumi.

Beliau sebenarnya  berasal dari Afganistan,kemudian mengembara ke Tanah Arab dan akhirnya menetap di Kota Konya, Turki.Sangat penting dalam penyebaran agama Islam di Turki.

Sultan 'Ala' al-Din Kayqubad, telah menawarkan taman rosnya sebagai tempat pengebumian   Baha' ud-Din Walad (Bahaeddin Veled), bapa Mevlana pada tahun 1231.Apabila Mevlana meninggal dunia pada 17  December, 1273, beliau disemadikan bersebelahan bapanya.


Dikenali juga sebagai Green Musoleum kerana kubah hijau tersebut.


Banyak makam atau kubur maulana-maulana di sini. Salah satunya adalah makam milik Jalaluddin Rumi, anak-anak beliau, anak-anak murid beliau dan ramai lagi. Ada juga ditayangkan baju-baju yang digunakan Rumi, al-Quran yang ditulis pada masa dahulu, buku-buku asal yang ditulis oleh Rumi dan Tabrizi..

Replika ahli-ahli sufi


Ketika tiba di sini,salji mula turun.Memang seronok sakan...our first snowy experience in a life time!



Kagum jap tengok salji..he he
Jom buat ais kacang?

Baling-baling salji  ..



Kaum hawa perlu ambil wudhu' di kedai seberang jalan sebelum solat di masjid
Selepas selesai solat,kami meneruskan perjalanan dan singgah di Sultanhani Caravanserai.Sultanhani caravanserai terletak di antara Konya-Aksaray Highway. Built in 1229, it was the largest caravanserai of the Seljuk people.


Dari luar caravan..dah maghrib ketika kami nak beredar

Close your eyes and smell the camels and sweat...dan dengarkan pedagang2 bertukar cerita..




Abang Long di rooftop caravanserai
Sultanhani Caravanserai ni sebenarnya ancient hotel...tempat persinggahan pedagang-pedagang pada era tersebut,untuk melepaskan penat lelah..so they can eat,sleep and rest before continuing their journey.Juga untuk merehatkan unta-unta yang membawa barang dagangan mereka.

Boleh bayangkan ....time-machine ke era 1220s?

Lets move on to Cappadocia...next entry..

~bythewife~

No comments:

Post a Comment