Wednesday 9 September 2015

Day 2 Turkey 2013 BURSA->KUSADASI

Malam pertama,kami bermalam di hotel Tiara Thermal,Bursaa.Gempak hotel ni..Tapi ada sedikit kekecohan kerana kami tak dapat bilik seperti yang dijanjikan.Tapi,okla...masalah settled  by travel agent dan tourist guide..

Depan bas pelancongan kami...Dorak Travel

2 beradik di lobi hotel

Berangan....motor antik ..

Selepas check out dari Tiara Thermal Hotel,kami dibawa melawat Grand Mosque.Grand Mosque atau Ulu Cami (Cami=masjid) adalah masjid yang terbesar di Bursa.Sebab tu la namanya grand kot?Dibina di antara tahun 1336 -1399,merupakan landmark senibina Uthmaniyah..Masjid ini mempunyai 20 kubah ,2 menara dan water fountain di tengah-tengah masjid.So,kami masuk,solat tahiyatul masjid sambil2 mengkagumi bahagian interior masjid ni..



Pancuran air di tengah masjid untuk kegunaan wudhu'




Di luar Grand Mosque

Seterusnya kami berjalan  menuju ke Green Mosque (Yeşil Cami) yang terletak tidak jauh dari Grand Mosque.Masjid ini digelar Masjid Hijau kerana interior tilesnya yang berwarna biru-hijau.


Jalan kaki je ke Green Mosque





Selesai melawat 2 masjid terpenting di Bursa ini,kami pun dibawa untuk shopping...ke Silk Bazar.Bursa memang terkenal dengan sutera...sejak zaman Empayar Othmaniyah (Ottoman Empire).Emm..memang bermacam-macam juga tudung yang kami sambar kat sini.Choices of overwhelming!Harganya..tak la mahal sangat..dan tak juga murah.Depends pada skill tawar-menawar..

Belakan g tu Koza Han..tempat beli silk

A park with fountain and water play in front of Koza Han




Kemudian..perjalanan diteruskan menuju ke Kusadasi.Perjalanan selama 5 jam iaitu sejauh 400km lebih..

Jumpa di Kusadasi pulak..


~bythewife~

No comments:

Post a Comment