Sunday 13 December 2015

DAY 1-Sydney-transit 12hours




Alhamdulillahirobbil A' Lamin.....
Yes...finally!Hari yang ditunggu telah tiba.Kami akan terbang via AirAsia ke Sydney untuk transit,sebelum menyambung penerbangan ke Christchurch via Qantas Airways pada hari berikutnya.
Hampir separuh seats dalam penerbangan kelas ekonomi AirAsia kosong.Menyesal pulak sebab membazirkan duit beli seats untuk kami berenam.Most passengers dapatlah tidur atas 3 kerusi..kira macam flatbed premium.He he..


Satu peringatan untuk diri sendiri dan rakan rakan...kalau travel ke NZ dan transit Sydney...never purchase Air Asia insurance ...dah lah mahal...cover hanya semasa di Oz saja....so nasib baik kita org ada travel insurance sponsored by gov...just top up untuk anak anak sahaja....very cheap.....Better be prepared sebab I ada sorang patient admitted to Auckland Hospital few months ago and under our follow up  here....Bila lihat bil,Subhanallah boleh hantar 2 org lagi pergi NZ.
 


Thanks a lot to Pok Di yang sanggup hantar kami ke KLIA2
Alhamdulillah,setelah melalui perjalanan yang panjang (8 jam),kami selamat mendarat ke Sydney pada jam 8.20 malam (waktu Sydney).Bosan juga lah dalam flight,sebab asyik tidur dan merenung head rest kerusi penumpang hadapan masing-masing.Terasa berdebar-debar apabila melalui custom checking di Kingsford Smith Airport ni.Syukur kepada Allah swt kerana beg kami tidak dibuka langsung.Maybe sebab kami declare makanan dan ubat-ubatan yang kami bawa,siap dengan list with detailed description...dan yang paling penting sentiasa berdoa .... 
Biasalah excited......
light breakfast at KLIA 2


   




Sampai dalam 8.45pm waktu OZ....Immigration clearance dalm 9.45pm semua settled....Kebanyakan kedai di Sydney Airport ni dah tutup jam 6pm....some extended to 8pm....So  bertahanlah sekejap...yang penting nak solat dan qada" kan solat zohor asar....



Terima kasih kepada bloggers yang telah memberikan tip-tip..
Kami kemudiannya melilau mencari surau untuk menunaikan solat jama' maghrib-isya'.Akhirnya,dengan bantuan staff airport,dapatlah jumpa prayer room di Level 3,T1 International Terminal..Directionnya, lepas keluar lif belok kiri 2 kali dan belok kanan...jumpa.....Kami masuk untuk bersolat.Terkejut sungguh apabila terjumpa,kitab Bible & Hindu dalam prayer room.Hah..lepas tu barulah kami tau prayer room tu bukan
lah surau macam di Malaysia.It's a Multifaith prayer room,accomodating religious needs for all travellers,not only muslims.






Selesai solat,jam dah menunjukkan pukul 10.30 malam.Perut dah berkeroncong memandangkan kami hanya ? makan nasi lemak Pak Nassier 1 jam selepas flight took off dari KLIA2...dah 9 jam yang lalu!Misi mengisi perut bermula..Alangkah frust sebab most restaurants dah pun tutup.Yang ada hanyalah Pie Face yang menjual pies,sausages dan sandwiches yang tidak halal.

Restaurant Taste of Thai (opposite Face Pie) yang halal,dah start mencuci kuali dan periuk belanga.McDonalds,Nandoo pun dah tutup.Cafe nak mengkopi-kopi pun tak bukak dah.Aargh!Teringat Tanah tumpahnya darahku.kedai-kedai makan beroperasi 24/7,even though di airport.Malaysia is a truly food paradise!!Kami turun ke waiting lounge di ground level.

One of the custom officer bertanya kami nak ke mana.Bila kami bagi tau,kami akan menunggu kat airport sebelum naik flight ke NZ pagi berikutnya..dia hanya menggeleng-geleng kepala...disbelieving..Tepat jam 11 malam ,kami diarahkan oleh pegawai kastam untuk meninggalkan kerusi keras di waiting louge.Like sheeps (belum sampai NZ lagi ni) we were herded to the endmost of the airport..Nampak ramai travellers bergelimpangan tidur depan McDonalds
 



 

Kami jumpa 1 port yang selesa,di sebalik escalators,depan seminar room (takde orang berseminar at midnight,kan?).Wah,ni dah bagus.Siap ada carpet.Selesa sungguh kami menjulurkan kaki sambil berkongsi roti cubit-cubitan..Mimpi indah kami tak lama...sorang lagi officer datang ....According to him,he had to shut the terminal...and we had to be locked outside!Aduish...ke mana lagi ni?Officer terus turunkan shutter .Then only we knew that,the T1 terminal is close everyday from 11 pm to 3 am..

So,merasalah kami jadi gelandangan,tidur beralaskan jaket...atas lantai sejuk yang mencengkam sampai ke tulang...dengan perut kosong!Kesian anak-anak..Tapi,budak-budak nampak ok je..
Actually there is a number of hotels that are close to the airport.But,none of them are close enough to walk to.Backpackers ni rasa tak berbaloi pulak nak bazirkan duit untuk hotel dan shuttle bus sebab gate akan dibuka semula pukul 3 pagi.

So,bergelandangan la kami bersama travellers yang lain di luar pintu terminal,opposite train station.Sekejap-sekejap datang officer check passport dan ticket semua orang.Kot-kot ada gelandangan yang datang tumpang tidur kat airport.All the officers are very nice.

Actually benda macam ni ..we dah expect dan takdalah teruk sangat....

 
So,masing-masing melayan perasaan sambil memeluk tubuh kesejukan (ada yang terlena).Sekejap ketawa..sekejap sedih (taklah sanggatt).Obviously,we didn't do much homework on idea of sleeping in Sydney Airport.Malaysia tak macam ni ponn..(tetiba patriotik!).Tepat jam 3 pagi,shutter dibuka....Yahoo..
Alhamdulillah.Kami pun tanpa segan silu terus meluru masuk.Sambil menunggu solat subuh masuk,dapatlah bersandar di kerusi keras (now you are still complaining?)Selesai solat,sekali lagi kami mundar-mandir mencari kedai makan.Pagi-pagi ..kedai belum bukak lagi.Taste of Thai akan bukak pukul 10 pagi (our flight ke Christchurch pukul 10.15 pagi)...Kami buat check in dulu dengan Emirates...(Qantas ni join venture dengan Emirates...We were the 1st person...).

After marching high and low,barulah terjumpa kedai Sahara Grills yang menjual makanan Turki yang halal.Kedai ni betul-betul bersebelahan Restoran Subway.Ntah macam mana kami boleh tak perasan,padahal dah lalu lalang banyak kali.Mungkin delirious kot sebab fatique dan hypo..Selepas menikmati sarapan....kami bergerak ke gate and waiting for our next flight.....



 


Alhamdulillah,dalam Qantas Airways kami disajikan dengan meals yang sangat lazat.Begitulah..sedikit saja yang Allah uji...Dia balas semula dengan kenikmatan yang tak terduga.Terima kasih anak-anak kami (and our nephews) kerana tidak merungut.Seronok diorang dapat naik flight Qantas yang canggih.Ada personal screen untuk tengok movie,dengar lagu and main game.On air wifi pun ada.Perut kenyang,hati senang..kami terbang ke Christchurch

Few tips of Sydney Airports:

1-After 11pm airport will close unless there is ongoing flight on that day.

2-Halal food...1st floor depan lif ada kedai arab jual pizza vege/lamb/ with reasonable price and 2nd floor as mentioned...Thai food and Sahara.

 3-Praying Room---3rd Floor.
 
 
Menu Qantas-Emirates.








What's waiting us at Christchurch?We'll see next...Insya Allah.


~bythewife~

No comments:

Post a Comment