Wednesday 8 November 2017

BANDUNG-DAY 2-PART 2-GRAFIKA CIKOLE->KEBUN BEGONIA->RUMAH KAIN PESONA

Sambungan dari Bandung-Day 2 Part 1

Destinasi seterusnya?Dekat jer....3 km dari KLC restaurant.

1250 PM-TERMINAL WISATA GRAFIKA CIKOLE (TWGC)

Perghh!Nama dia memang unik & exotic gitu..kan?


Waktu operasi    24 hours daily
Tiket                   Rp 15,000/pax (setiap tiket boleh tebus goreng pisang cheese / tauhu                                                                 goreng/outbound activities)

Sebenarnya di kawasan Lembang ada banyak kawasan glamping (glamour camping).Keadaan hutan pine semulajadi di atas pergunungan (yang masih terpelihara dari arus  pembangunan ) beserta  udara yang sejuk dan nyaman....menjadikan Lembang sebagai satu destinasi yang WAJIB anda singgahi jika berkunjung ke Bandung.

Try skodeng kawasan glamping di Bandung
Kebanyakan tempat glamping ini,perlu di book terus melalui official website nya..tidak ada melalui melalui Agoda,Booking.com,Trivago etc..

Camping at Grafika Cikole
Ketika kami tiba di Grafika Cikole,hujan renyai-renyai.Selepas membeli tiket masuk,hujan jadi makin lebat.Kami decided nak teruskan saja menjelajah kawasan ni...memandangkan kawasan-kawasan rekreasi lain di Lembang juga berkonsepkan open air.

Hampir lebih 30 minit kami berlindung dalam pondok,menantikan hujan berhenti.Ermmm

Berlipur-lara dengan anak-anak sementara menanti hujan reda
Nasib baik ada banyak pondok-pondok untuk berteduh
Setelah hujan berhenti...

Amazing view after rain

Rasa macam bukan di Indonesia..


Suka budak-budak jumpa buai dalam hutan





Sama konsep macam Hobbit House di Farm House





Luas kawasan ni...dalam 9 hektar

Bayangkan kalau budak-budak pengakap dapat camping kat sini...mesti best..


Siap ada mutiara kata



Puas explore...jom gi kat restoren ni untuk tebus tiket masuk.


Nak apa...pisang goreng cheese atau tauhu (2 menu je yg available)

Lepak-lepak sambil tunggu diorang prepare makanan

Sambil enjoy view hutan pinus
Nampak team building tengah buat absailing
Ok..dah siap


Kenyang...Alhamdulillah...happy
Kat sebelah restoren....



Tetiba jumpa pulak port ni...bolehla pose n post ke insta...


Tak jauh dari situ....ada Pintu-Ke-Mana-Saja Doraemon!



Flying fox dalam gerimis

Setelah puas menjelajah,kami jadi penasaran ke mana lagi nak tuju.Sepatutnya,pergi Sari Ater Hotspring,tapi takde mood lah nak berendam kat air panas...setelah meredah hujan renyai di Grafika Cikole.

Jadi supir ajak ke Kebun Bunga Begonia...sebab tempat nya tak besar sangat..     

0320 PM-KEBUN BUNGA BEGONIA



Waktu operasi    0800-1700
Tiket                   Rp 10,000/pax (tiket paling murah....dan takde different rate untuk mancanegara                                                /wargasing...yahoo!)
                         Camera Rp 50,000 (kena caj pulak!)


Cantik taman bunga ni...tersusun..dan banyak spot untuk bergambar!





The hands look creepy

Yang merah-merah tu lah bunga Begonia Bali (a.k.a Balinea)












0430 PM-RUMAH KAIN /TELEKUNG PESONA

Satu-satunya indoor activity pada hari ini...shopping!Kedai yang menjual kain-kain dan telekung ni terletak dalam kawasan perumahan moden.Harga yang ditawarkan kat sini sebenarnya sangat berpatutan...dah cukup murah sebab produk ni datang dari kilang diorang sendiri.

Yang pasti kain-kainnya sangat berkualiti.Design untuk kemeja batik agak trendy dan not too mainstream macam kat Pasar Baru tu.We recommend you to come and splurge at this place...really berbaloi!

Sambil-sambil menunggu mem bershopping,boleh bancuh teh ,kopi atau milo...sendiri...so,rajin-rajinlah ke sudut dapurnya.He he..

0530 PM-BACK TO HOTEL

Ok...selesai membeli sekadarnya,kami pulang ke hotel untuk melepaskan penat lelah.Kami sepakat nak dinner sempoi-sempoi je kat hotel.Singgah di Alfamart (24 hour mart) untuk membeli Mee Sedaap Goreng (kami pun ada bawa maggie cup & bubur nasi segera).

Singgah kat Tauhu Semedang...untuk beli tauhu (anak-anak tak makan,just for mak pak)






Singgah juga beli sate ayam on the way back..

2nd night at Lembang Asri Resort.One more night to go..

No comments:

Post a Comment