Sunday 17 December 2017

BANDUNG-DAY 5-KAWAH PUTIH->GLAMPING LAKESIDE RANCABALI CIWIDEY


Bersambung dari Day 4

Titanic Bandung

Agak tersiksa nak menghabiskan catatan pengembaraan di Bandung.Mood dah ke laut bila sampai ke penghujung cerita percutian..Tapi,cuba gagahkan diri demi tatapan di masa hadapan nanti..

Pagi ni kami bersiap awal...kerana destinasi hari ni ialah ke Ciwidey... untuk visit Kawah Putih dan Titanic Bandung....Kawah Putih ni terletak kira-kira 50km ke selatan dari kota Bandung.Dan,seperti biasa...kita tak dapat nak duga ETA (estimated time of arrivalnya) disebabkan kemacetan..

6.50 AM-Breakfast sent to our room.Malam sebelumnya diorang dah tanya nak nasi goreng atau roti (2 options saje)..Makan di shared dining area




9.20 AM -KAWAH PUTIH

Perjalanan ke Kawah Putih mengambil masa 2 jam dari hotel.Jalannya baik,cuma ada tempat-tempat yang jalannya sempit dan berliku-liku.Dah nak sampai ke arah Ciwidey..boleh rasa angin semakin sejuk dan dingin...

Waktu operasi     0700 pagi-5.00 petang
Tiket                   Rp 20,000/pax -local Rp 50,000/pax -mancanegara /foreigner       
Kereta                 Rp 50,000 
     
Boleh tahan mahal jugak harganya kan?Sebab kami ni kena darab 5 setiap attraction...but it's really worth the money.Lets have a look..

Dah sampai...
Seikhlas hati..

This talented musician greeted you first

Jom masuk...

Going downhill to see the crater
Belum ramai orang lagi...
Menjual pasir belerang untuk tujuan perubatan...Wallahualam..
Whitish turquoise...amazing!
Happy bangat..
Gue udah sampe sini!
Very challenging to capture solo pose!



Agak-agak dalam sejam lebih juga kami di sana..destinasi seterusnya nak tengok Titanic Bandung!Oopps...sebelum tu singgah dulu kat tepi jalan untuk photostop.

11.20 AM-PERKEBUNAN TEH CIWIDEY

Sangat cantik perkebunan teh Ciwidey ni...kemas dan tersusun nampaknya...







Mana nak beli teh diorang ni?...siapa tau...sila share info..

11.35-GLAMPING LAKESIDE RANCABALI

Highlight of visit of the day!!!
Kawasan glamping (glamour camping) di tepi tasik Rancabali...

Waktu operasi     0700 pagi-9.00 malam
Tiket                   Rp 20,000/pax        
Kereta                 Rp 5,000 

Ok..harga yang kat atas tu..cuma untuk masuk kat Resto Phinisi (restoren berbetuk kapal ala-ala Titanic) yang dibina di atas bukit ya...bukan untuk masuk ke area glamping tu.
Titanic dah terdampar atas bukit..
Jambatan gantung menuju ke kapal

Excited giler...fefeeling atas kapal titanic..he he..






Resto tu singkatan restoren ...phinisi tu sejenis kapal..Resto Phinisi ni bersebelahan dengan area glamping tasik Rancabali,tapi entrance dan tiket masuknya berbeda sih!

Belakang tu...Situ (Danau) Patenggang

Dari deck ni ...boleh view kawasan glamping
Glamping Lakeside Rancabali

Kami decide lunch di sini...feeling-feeling makan atas bahtera kayak orang kaya..ha ha ha!Tapi,makanannya masih dikira affordable dibandingkan tempat dia..




12.50 PM-selesai lunch.Hujan dah mula turun sejak kami start makan tadi.So,rancangan ke Ranca Upas untuk bermain-main dengan rusa terpaksa dibatalkan.

Kami menghala pulang ke Bandung.Kid # 2 (tak makan breakfast & lunch) mula terasa pening dan mual dalam perjalanan pulang.Kami singgah di Restoren Saung Andir (plan asal nak lunch kat sini)...dan dia muntah sebanyak-banyaknya...Kesiannya hai si anak..

Terpaksa lupakan plan nak bershopping barangan kulit di Cibaduyut (none of us are fans of leather things...sebenarnya).

Selepas solat jama' zohor dan asar di sebuah masjid di tepi jalan, sempat pulak bershopping sikit di butik M Collections..top up cenderahati untuk sanak sedara ...dan kami sendiri.

Trip hari ni diakhiri dengan santapan malam di Restoren Simpang Raya...masakan padang.



Malam terakhir di Bandung...esok nak balik dah...menghitung hari...detik demi detik...


No comments:

Post a Comment