Thursday 4 January 2018

Menginap di Firefly Villa,Kuala Selangor

Gambar dari website Firefly Villa
Firefly villa-view dari atas (Gambar Google)

Assalamualaikum w.b.t,

Ini adalah kisah percutian jalan-jalan cari makan (kenduri kawin.)

Us..depan villa

Awal bulan Disember baru-baru ni,anak saudara kami telah melangsungkan pernikahan dengan gadis Tanjung Karang.Oleh kerana kami satu-satunya famili yang tinggal di Melaka,maka kami putuskan untuk bermalam di Tanjung Karang,supaya pada pagi pernikahan,kami tak tergesa-gesa memandu dari Melaka (ya lah,ahli rombongan pihak pengantin lelaki lah katakan...kalau sekadar tetamu jemputan,takde masalah day trip dari Melaka).

Memang lah agak janggal nak menginap di negeri Selangor,memandangkan ibu bapa dan adik-beradik semua menetap di Selangor dan KL.Tapi,saja lah ambil kesempatan,kali ni nak try duduk hotel / homestay di Tg Karang.

Dipendekkan cerita,kami terjumpa.....Firefly Villa..hidden gem in Sungai Gulang-gulang,Tg Karang.Dan paling tak sangka,hanya 5 km dari rumah pengantin perempuan!Memang tepatlah keputusan untuk menginap di sini.

Kami pilih villa ni sebab terbaca reviews yang baik dan menarik dari pelancong-pelancong dalam dan luar negara.Sejujurnya,memang kami tak pernah dengar pasal villa ni.Actually,this villa ranked first among 13 BnBs / inns in Kuala Selangor and rated 4.5 of 5 at Tripadvisor!!Cayalah..

Pengiktirafan dari Tripadvisor
Agak susah nak locate villa ni,sebab ia tersorok dalam kampung.Belok kiri,belok kanan...berpusing-pusing baru jumpa.Tapi,kami taklah sesat atau tersasar.Alhamdulillah,dengan menggunakan Google Maps,kami dipandu ke destinasi yang betul..

Pintu gerbang ala-ala Bali ni adalah trademark villa ni.

Villa ni sebenarnya merupakan holiday home Mr Afandi,the owner.Beliau dan anak-anaknya tinggal di Bukit Jalil.Villa ni agak private...cuma ada 4 bilik yang boleh disewa secara berasingan.Atau nak sewa the whole villa pun boleh.Sangat-sangat rekemen pada sape-sape yang berhajat nak buat family day.Sangat sesuai...

Taman rimba yang rimbun menyambut kedatangan orang Melaka..he he


Buat macam rumah sendiri..

Kami menyewa sebuah bilik,tempah melalui Agoda.So,kita perlu berkongsi common areas like dining area,living room and pools dengan penyewa yang lain.Oh ya,bagi muslim...ada bilik khas untuk solat..yang luas dan selesa.Nasib kami baik...sebab kami adalah satu-satunya famili yang menyewa villa pada hari tersebut.Yahooo...bestnyer..

Lepas letak barang,kami keluar semula ke pekan Tg Karang for late lunch...singgah untuk menikmati Mee Udang Banjir yang popular tu..

Besar sangat portion nya..kena kongsi 2 orang

Nasi goreng..okla


Char kue tiaw



Balik semula ke hotel...First impression...keadaan villa sangat bersih dan terjaga.Paling tak dilupa,aroma dalam villa..bau bunga-bungaan asli...Sori,as usual...terlupa nak snap gambar bilik.Tapi,bilik sangat spacious..ada 2 queen beds,1 flat screened TV with Astro chanel,fridge yang besar (bukan mini bar).Bilik kami ada 2 attached bathrooms,one of them ada bath tub.

Dining area


Living hall



Ada pool dewasa & kanak-kanak

Jom tinjau keadaan luar villa (gambar pagi esoknya..dah nak gi kenduri)








 



Petangnya,kami hanya berendam dalam pool..








Minta izin dari owner...nak petik buah rambutan.Dia kata ambil je apa-apa yang berbuah..he he..nasib baik ada rambutan je..




Malamnya,kami ke Firefly Park Resort untuk melihat kelip-kelip.Resort ni terletak di Kampung Bukit Belimbing...the nearest place from Firefly Villa shud you wish to witness fireflies.Yang famous kat Kuala Selangor adalah kelip-kelip Kampung Kuantan.Tapi,menurut Mr Afandi,the villa owner...kelip-kelip ni dari sungai yang sama dan bilangan kelip-kelip di Kg Bukit Belimbing adalah sama je dengan yang kat Kg Kuantan tu..






Hanya kami 5 beranak dalam bot tu

Malam gelap pekat



Tak dapat nak capture gambar kelip-kelip dengan kamera or handphone.Hanya dapat menyaksikan dengan mata sendiri.Ikutkan pengalaman kami,kelip-kelip di sini tidak sebanyak yang dekat Kg Sungai Cherating..Wallahualam.

Esoknya,sebelum check out untuk menghadiri majlis pernikahan...kami dijamu dengan homemade breakfast...cooked specially by the owner and wife!Kalau anda baca reviews...everybody said the same thing...the scrumptious breakfast at the villa!Check it out..

Delicious nasi lemak,sambal udang yang besar dan fresh,sambal sotong dan ayam goreng.Juga kuih-muih kampung...tak ketinggalan roti dan croisant..


Spoiled for choice..








Alhamdulillah,walaupun singkat..seronok juga dapat berehat-rehat dan meluangkan masa bersama keluarga di tempat seistimewa ini..





Jom ke walimatul urus...Assalamualaikum 

Nota kaki - Firefly Villa ni berbeza dari Firefly Park Resort  walau pon kedua-duanya terletak di Kuala Selangor.



No comments:

Post a Comment